MSQ Power Training ditubuhkan atas kesedaran untuk bersama-sama memberi sumbangan dalam usaha membangunkan modal insan. Bermula daripada sebuah gerakan sukarela yang dikenali sebagai Team Bina Insan (TBI), Persatuan Perunding Motivasi Insan Kuala Lumpur pada tahun 2003. Modul & program TBI telah mendapat sambutan dan penerimaan di luar jangkaan.
Idea asal kewujudan TBI adalah bermatlamat untuk membina barisan jurulatih yang berkualiti serta membina modul-modul yang menyentuh nurani dan memberi impak kepada peserta. Dalam tempoh tersebut, lebih 300 buah organisasi termasuk sekolah, badan-badan kerajaan, IPTA, IPTS dan sektor swasta telah memberi kepercayaan kepada MSQ dan TBI untuk mengendalikan program di serata negeri di Malaysia.
Atas kesedaran dan tanggungjawab, MSQ akan terus berusaha untuk menanggung amanah kenabian bagi membina umat agar terus kukuh di atas paksi kecemerlangan dunia dan akhirat.
OBJEKTIF SYARIKAT
OBJEKTIF SYARIKAT
- Melahirkan generasi yang dilengkapi dengan tuntutan Intellectual Quotient ( IQ ), Emotional Quotient ( EQ ), Spiritual Quotient ( SQ ), dan Physical Quotient ( PQ ).
- Membina generasi rabbani yang soleh & solehah.
- Menyediakan modul yang menggabungkan elemen dakwah, motivasi, psikologi & kaunseling yang dapat menyentuh & menggerakkan nurani insan berpandukan "Tarbiyah Nabawiyyah" berasaskan pendekatan temporari.
- Menyediakan "team trainer" yang mantap dan berkualiti.
No comments:
Post a Comment